My Cart (0)

Oops! There is nothing in your cart, yet. Here's what you can do:

Close

or

Shop Now

In Fertility, Pre Pregnancy

Pengaruh Haba Terhadap Kesihatan Kesuburan Lelaki: Apa yang Anda Perlu Tahu?

Kesuburan lelaki adalah aspek penting dalam pembentukan keluarga, dan terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi keupayaan seorang lelaki untuk menghasilkan sperma yang sihat. Salah satu faktor yang sering diabaikan ialah pengaruh haba terhadap kesihatan kesuburan lelaki. Pendedahan kepada suhu tinggi, baik daripada persekitaran atau aktiviti tertentu, boleh memberi kesan negatif kepada penghasilan sperma dan kualiti kesuburan lelaki.

Young bearded male athlete is resting after training sitting on bench on modern background

Bagaimana haba mempengaruhi kesuburan lelaki?

Suhu ideal dalam penghasilan sperma adalah sekitar 34-35°C, sedikit lebih rendah daripada suhu badan normal. Oleh kerana itu, testis (buah zakar) yang menghasilkan sperma terletak di luar badan, kerana suhu di dalam tubuh boleh mengganggu proses penghasilan sperma. Ketika testes terdedah kepada suhu yang lebih tinggi daripada suhu ideal ini, beberapa masalah kesuburan lelaki boleh timbul.

Pendedahan haba dan kualiti sperma

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pendedahan haba yang berpanjangan boleh memberi kesan negatif terhadap kualiti dan kuantiti sperma. Dalam kajian yang diterbitkan oleh Journal of Andrology, penyelidik mendapati bahawa peningkatan suhu di kawasan skrotum lelaki boleh mengurangkan pergerakan sperma serta mengurangkan kadar pengeluaran sperma yang sihat. Menurut artikel KlikDokter pula, suhu yang terbaik adalah 34 darjah celcius, namun jika kurang atau lebih dari suhu tersebut, penghasilan sperma akan kurang berkualiti.

Faktor-faktor yang menyebabkan terkena dengan pendedahan haba

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan lelaki terdedah kepada haba yang boleh menjejaskan kesuburan mereka, antaranya:

  1. Aktiviti yang meningkatkan suhu tubuh seperti sauna atau mandian panas. Aktiviti ini akan menyebabkan tekanan kepada testis dan mengurangkan penghasilan sperma. Menurut artikel HelloDoktor, mana-mana suhu yang lebih panas akan memberi kesan kepada kiraan sperma anda, dengan menurunkan kira-kira 40 peratus pada setiap kenaikan satu darjah.
  2. Memakai seluar dalam yang ketat atau seluar jeans yang rapat boleh meningkatkan suhu di kawasan testis, sekali gus mengurangkan kualiti sperma.
  3. Lelaki yang bekerja di persekitaran panas seperti kilang atau tempat kerja yang yang mengeluarkan haba berlebihan juga berisiko tinggi terdedah kepada suhu tinggi.

Apa langkah-langkah untuk menjaga kesuburan?

  1. Elakkan mandi air panas, menggunakan sauna secara berlebihan, atau bekerja dalam persekitaran yang panas.
  2. Pilih pakaian yang longgar dan selesa untuk mengurangkan suhu di kawasan testis.
  3. Memberikan tubuh masa untuk pulih selepas aktiviti yang boleh meningkatkan suhu badan dapat membantu dalam mengekalkan kualiti sperma.

Kesimpulannya, kesihatan kesuburan lelaki sangat penting untuk memastikan kelangsungan hidup dan perkembangan generasi akan datang. Pendedahan kepada haba yang berlebihan dapat memberi kesan buruk terhadap kualiti dan kuantiti sperma lelaki. Oleh itu, sangat penting bagi lelaki untuk mengelakkan pendedahan yang berlebihan kepada suhu tinggi agar kesuburan mereka kekal dalam keadaan yang baik dan juga optimum.

Related Posts

0 comments

Add comment

I found 14 items that matched your query "".