My Cart (0)

Oops! There is nothing in your cart, yet. Here's what you can do:

Close

or

Shop Now

Kepentingan Asid Folik untuk Wanita yang Ingin Hamil

Asid folik (vitamin B (B9) adalah salah satu suplemen yang sangat penting bagi wanita yang berusaha merancang untuk hamil. Pengambilan asid folik yang mencukupi dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran yang serius dan menyokong kesihatan ibu sepanjang proses kehamilan. Artikel ini akan membincangkan kepentingan pengambilan asid folik serta makanan tinggi asid folik untuk wanita yang ingin hamil.

Pills, healthcare and hands of pregnant woman on sofa for prenatal vitamins, medicine and prescript.

Mengapa asid folik penting untuk wanita ingin hamil?

Asid folik membantu dalam pembentukan sel dan DNA, yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin. Pengambilan asid folik yang mencukupi sebelum dan semasa kehamilan boleh:

  1. Mencegah kecacatan kelahiran

Kecacatan kelahiran yang dimaksudkan adalah kecacatan tiub neural (NTD)  seperti Anencephaly. Anencephaly adalah kecacatan kelahiran di mana sebahagian besar otak dan tengkorak bayi tidak terbentuk. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi lahir tanpa sebahagian besar otaknya, dan biasanya membawa kepada kematian selepas kelahiran. Selain itu, Spina Bifida. Kecacatan ini adalah kecacatan pada tulang belakang di mana tulang belakang tidak sepenuhnya tertutup semasa perkembangan janin. Ini boleh menyebabkan masalah serius pada saraf tunjang, termasuk lumpuh dan masalah kesihatan lain.

Menurut artikel dari Doc Health Centre, pengambilan asid folik sangat penting untuk kesihatan ibu dan bayi, terutama bagi wanita yang merancang untuk hamil. Asid folik membantu mencegah kecacatan tiub neural (NTD) pada bayi yang boleh berlaku pada minggu-minggu awal kehamilan, kadang kala sebelum seseorang menyedari dirinya hamil. Oleh itu, disarankan agar wanita yang merancang untuk hamil mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari, bermula sebulan sebelum kehamilan dan diteruskan sehingga tiga bulan pertama kehamilan.

2. Menyokong pertumbuhan plasenta dan janin

Asid folik memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pertumbuhan sel yang baik yang berlaku semasa kehamilan, terutama pada peringkat awal perkembangan janin. Pada tempoh ini, asid folik membantu dalam pembentukan dan perkembangan plasenta – organ penting yang menyediakan oksigen dan nutrisi kepada bayi yang sedang berkembang. Tanpa pengambilan asid folik yang mencukupi, proses pembahagian sel boleh terganggu dan juga pembentukan plasenta, seterusnya dapat memberi kesan kepada perkembangan janin.

3. Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan

Pengambilan asid folik yang mencukupi semasa kehamilan bukan sahaja penting untuk perkembangan janin, tetapi juga dapat membantu mengurangkan risiko beberapa komplikasi kehamilan yang serius.

Salah satu komplikasi yang dapat dikurangkan dengan pengambilan asid folik adalah pra-eklampsia, suatu keadaan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang berbahaya dan kerosakan kepada organ seperti hati dan ginjal ibu.  Selain itu, asid folik juga dikaitkan dengan pengurangan risiko keguguran, satu isu yang sering membimbangkan pasangan yang merancang untuk hamil. Dengan memastikan pengambilan asid folik yang tepat, ibu hamil dapat mengurangkan risiko komplikasi yang boleh menjejaskan kesihatan mereka dan bayi yang sedang dikandung.

Masa yang disyorkan untuk mengambil asid folik bagi pasangan TTC

Menurut artikel daripada Maternal Dietary Guidelines for Malaysia 2023, pengambilan harian suplemen zat besi dan asid folik dengan 30 mg hingga 60 mg zat besi unsur dan 400 μg (0.4 mg) asid folik adalah disarankan untuk wanita hamil bagi mencegah anemia ibu, sepsis puerperal, berat lahir rendah, dan kelahiran pramatang. Kesan sampingan yang paling biasa daripada pengambilan suplemen zat besi adalah masalah gastrointestinal (perut dan usus) seperti sembelit, loya, muntah, dan cirit-birit.

Asid folik diakui dapat mengurangkan risiko kecacatan kord tulang belakang/kecacatan tiub neural (NTD) dan berat lahir rendah/berat badan kecil mengikut usia kehamilan (SGA) dalam kalangan bayi, yang berkait rapat dengan peningkatan risiko morbiditi dan mortaliti neonatal.

Oleh kerana kesan pencegahan terhadap NTD, garis panduan mengesyorkan agar wanita mengambil suplemen asid folik walaupun semasa tempoh peri-conceptional, yang didapati dapat mengurangkan masalah kekurangan folat seperti anemia dan menambah folat yang tidak mencukupi.

Menurut artikel Hello Doktor pula, waktu yang sesuai untuk mengambil asid folik adalah semasa mencuba untuk hamil, iaitu sebaik-baiknya 3 bulan sebelum dan pada 12 minggu pertama kehamilan. Ini kerana kecacatan tiub neural berisiko tinggi berlaku pada peringkat awal perkembangan janin.

Dos yang disyorkan bagi wanita yang merancang untuk hamil dan mereka yang hamil dalam usia 12 minggu pertama adalah 400 mcg, yang perlu diambil sekali sehari.

Kesimpulannya, buat semua ibu-ibu yang ingin merancang kehamilan, jangan lupa untuk menggabungkan suplemen dengan diet yang sihat dan berunding dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih spesifik mengikut keperluan anda.

Related Posts

0 comments

Add comment

I found 14 items that matched your query "".