My Cart (0)

Oops! There is nothing in your cart, yet. Here's what you can do:

Close

or

Shop Now

In Fertility, Pre Pregnancy

Checklist TTC untuk Pasangan Baru Nikah: Persiapan Kehamilan yang Tepat dan Berkesan

Persiapan kehamilan adalah langkah yang sangat penting untuk pasangan yang baru menikah. Proses trying to conceive (TTC) atau berusaha untuk hamil memerlukan perhatian dalam pelbagai aspek, termasuk kesihatan kesuburan, pengurusan stres, serta pemilihan suplemen yang tepat. Berikut adalah checklist TTC yang boleh membantu anda dalam mempersiapkan kehamilan pada masa akan datang.

Pemeriksaan kesuburan

Pemeriksaan kesuburan adalah langkah utama yang paling penting sebelum memulakan perjalanan anda dan pasangan sebagai TTC. Pemeriksaan ini dapat membantu anda dan pasangan, untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang masalah yang perlu ditangani sebelum anda mencuba untuk hamil.

Prosedur kesuburan untuk lelaki adalah menganalisis air mani untuk menilai kualiti sperma, termasuk jumlah, motilitas (pergerakan), dan morfologi (bentuk). Hal ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kesuburan lelaki. Prosedur untuk wanita pula, boleh mula dengan imbasan ultrasound untuk memeriksa kesihatan ovarium, rahim, dan saluran tuba. Ujian darah hormon juga penting untuk memeriksa kadar hormon berkaitan kesuburan seperti FSH, LH, dan progesteron.

Pengurusan stres

Stres merupakan salah satu faktor kesuburan seseorang itu terjejas. Hal ini boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan hormon dan kesuburan. Oleh itu, penting untuk menguruskan stres dalam kehidupan seharian.

Salah satu tips untuk pengurusan stres adalah dengan menjaga kualiti tidur. Tidur yang cukup dan berkualiti adalah sangat penting untuk menyokong keseimbangan hormon. Pastikan anda tidur sekitar 8 jam setiap malam. Selain itu, senaman ringan seperti berjalan kaki (brisk walk) atau yoga boleh membantu mengurangkan stres dan mengekalkan kesihatan fizikal. Seterusnya, diet yang sihat dan seimbang penting untuk mengekalkan keseimbangan hormon dan menyokong kesihatan secara keseluruhan. Pastikan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral, terutamanya asid folik, zat besi, dan vitamin D.

Pengambilan suplemen

Pengambilan suplemen yang tepat dapat membantu meningkatkan peluang kehamilan. Pilih suplemen yang terbukti berkesan melalui kajian ilmiah untuk menyokong kesuburan atau dapatkan konsultasidengan pakar doktor yang lebih tahu tentang kesuburan anda dan pasangan.

Antara suplemen yang disarankan adalah, PROfortil. Suplemen ini mengandungi antioksidan yang boleh meningkatkan kualiti sperma pada lelaki. Selain itu, Fortelle+Omega-3. Suplemen yang mengandungi asid folik dan omega-3 ini membantu meningkatkan kesuburan dengan menyokong kesihatan ovarium dan meningkatkan kualiti sel telur. Tambahan untuk wanita juga, sangat disarankan untuk ambil asid folik 400-800 mcg sehari. Hal ini untuk mencegah kecacatan tiub neural.

Elakkan ‘Habit’ yang tidak sihat

Beberapa aktiviti yang menjadi habit atau kebiasaan juga menganggu kesuburan anda dan pasangan. Kebiasaan seperti merokok, pengambilan alkohol berlebihan, dan penggunaan dadah harus dielakkan. Merokok boleh merosakkan kualiti sperma pada lelaki dan mengganggu fungsi ovarium pada wanita.Manakala, pengambilan alkohol secara berlebihan atau penggunaan dadah boleh mengganggu keseimbangan hormon dan merosakkan sel telur serta sperma.

Kesimpulannya, memulakan perjalanan TTC memerlukan persiapan yang sangat teliti. Dengan mengikuti checklist TTC ini, pasangan boleh meningkatkan peluang kehamilan dan memastikan kesihatan reproduktif yang optimum.  Jangan lupa untuk berunding dengan doktor agar setiap langkah dilakukan dengan cara yang betul dan sesuai dengan keadaan kesihatan anda.

Related Posts

0 comments

Add comment

I found 14 items that matched your query "".