My Cart (0)

Oops! There is nothing in your cart, yet. Here's what you can do:

Close

or

Shop Now

In Fertility, Pre Pregnancy, Vitamins

7 Cara Mudah Elak Penipuan Semasa Membeli Suplemen di Malaysia

Dalam era digital ini, pembelian suplemen kesihatan semakin mudah dan pantas dilakukan secara dalam talian. Namun, di sebalik kemudahan ini, timbul persoalan penting: Adakah produk yang dibeli benar-benar original? Dan yang lebih kritikal, adakah proses pembelian secara dalam talian ini benar-benar selamat?

Ramai pengguna telah menjadi mangsa scam supplemen, yang bukan sahaja merugikan dari segi kewangan tetapi juga boleh membahayakan kesihatan. Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak, penting untuk mengetahui cara mengenal pasti dan mengelak produk supplemen yang tidak sah atau palsu. Berikut adalah panduan lengkap untuk membantu anda membeli supplemen yang selamat, berdaftar, dan terjamin kualitinya.

Semak penjual yang ‘trusted’: Sebelum membuat pembelian, pastikan anda membeli daripada penjual yang sah dan dipercayai. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:

  • Semak nama kedai:  Pastikan nama kedai atau laman web nampak lebih jelas dan profesional. Elakkan membeli daripada penjual yang menggunakan nama yang mencurigakan atau tidak konsisten.
  • Rating dan pengikut (followers): Rating dan followers adalah salah satu cara untuk tahu kedai tersebut boleh dipercayai atau tidak. Penjual yang baik biasanya mempunyai rating tinggi, aktif dan mempunyai banyak review positif daripada pelanggan.  Namun, jangan hanya bergantung pada rating semata-mata.

Semak review dengan teliti: Ulasan atau review adalah salah satu cara untuk menilai sama ada kedai tersebut betul atau tidak.Namun, review tidak semestinya 100% benar. Berikut adalah cara untuk menyemak ulasan dengan betul:

  • Cari ulasan dengan imej: Ulasan yang disertakan dengan gambar biasanya lebih dipercayai kerana ia memberikan bukti visual bahawa pelanggan benar-benar menerima barang tersebut. Imej ini juga membantu menilai keadaan produk yang dihantar, sama ada dalam keadaan baik atau sebaliknya.
  • Waspada dengan ulasan palsu: Beberapa penjual mungkin menggunakan ulasan palsu untuk meningkatkan reputasi mereka. Jika ulasan kelihatan terlalu sempurna, seragam, atau tidak wajar, ia mungkin tidak asli dan perlu diwaspadai.
  • Ulasan negatif: Jangan hanya fokus pada ulasan positif. Ulasan negative juga boleh memberikan gambaran sebenar tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan lain.

Semak maklumat produk: Sebelum membeli, pastikan produk supplemen tersebut mempunyai maklumat penting yang menunjukkan ia selamat dan sah:

  • Tarikh luput (Expire date): Pastikan semak dahulu Tarikh luput untuk memastikan produk tersebut belum lagi tamat tempoh.
  • Tarikh pembuatan produk (Manufacturing Date): Untuk memastikan kualiti produk tersebut dengan mengetahui berapa lama produk telah dihasilkan.
  • Nombor batch: Nombor batch penting untuk tujuan pengesanan jika terdapat masalah dengan produk.
  • Nombor pendaftaran (KKM): Supplemen yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempunyai nombor pendaftaran MAL. Anda boleh menyemaknya di laman web KKM.
  • Produk berdaftar: Pastikan nama produk yang telah didaftarkan di Malaysia sama seperti yang tertera pada pembungkusan.

Semak harga produk: Harga juga boleh jadi petunjuk sesebuah produk scam atau tidak:

  • Harga terlalu murah atau mahal: Harga yang terlalu rendah atau tinggi perlu diwaspadai. Supplemen yang jauh lebih murah daripada harga pasaran mungkin palsu atau tidak asli, manakala harga yang terlalu tinggi pula boleh menjadi tanda penjual cuba mengeksploitasi pembeli. Sentiasa bandingkan harga dengan penjual lain untuk memastikan anda mendapat nilai yang sepatutnya.

Cari sticker hologram KKM: Supplemen yang berdaftar dengan KKM akan disertakan dengan stiker hologram KKM. Stiker ini boleh diimbas menggunakan aplikasi FarmaChecker untuk mengesahkan kesahihan produk tersebut. Jika produk tidak mempunyai stiker ini, ia mungkin tidak berdaftar atau palsu.

Beberapa contoh scam supplemen yang sering berlaku termasuk produk tiruan yang meniru jenama terkenal tetapi menggunakan bahan berkualiti rendah atau berbahaya, produk tanpa pendaftaran yang tidak mempunyai nombor pendaftaran MAL atau pengesahan KKM, serta ulasan palsu yang sengaja dipalsukan untuk menarik perhatian pembeli.

Untuk keselamatan tambahan, belilah supplemen daripada farmasi berlesen atau pengedar sah jika anda ragu-ragu. Jika masih tidak pasti tentang kesahihan produk, hubungi pengilang secara langsung untuk pengesahan. Selain itu, elakkan terpengaruh dengan iklan yang terlalu agresif atau tawaran yang kelihatan terlalu baik untuk menjadi kenyataan kerana ia sering kali merupakan scam.

Ingat, kesihatan anda adalah yang salah satu nikmat yang paling penting, jadi jangan mudah tertipu dengan tawaran yang terlalu menarik. Jadilah pembeli yang bijak dan sentiasa utamakan keselamatan!

Related Posts

0 comments

Add comment

I found 14 items that matched your query "".